Perusahaan Penternakan / Pemuliharaan Dhab Spesis Haiwan Padang Pasir & Pati Minyak Herba
Latar Belakang DHABSINAI FARM
Pusat Penternakan / Pemuliharaan Dhab Spesis Haiwan Padang Pasir Makkah dan Perusahaan Pati Minyak Dhab.
DHABSINAI FARM merupakan sebuah ladang ternak yang diusahakan oleh En Azhar Mohamed Shapawi, bekas pelajar Universiti Al Azhar Mesir dan telah berkecimpung dalam perniagaan minyak dhab sejak tahun 1994.
Pusat penternakan dan pemuliharaan dhab ini bermula daripada 2 ekor dhab sahaja sehinggalah ianya berkembang maju dan memiliki lebih 200 ekor dhab. Pusat ini terletak di Lot 5556 jalan ladang 2, Kampung Pak Dollah 34600, Kamunting, Taiping, Perak
Pusat ini juga memproses haiwan dhab untuk dijadikan pati minyak urut dan membekalkannya untuk tukang urut, spa, kilang komestik, pemilik jenama persendirian, dan pengusaha produk berasaskan dhab dan juga pelbagai jenis pati minyak herba eksotik melayu arab yang amat mujarab bagi membantu memulihkan masalah saraf.
Produk kami berasaskan dhab boleh didapati di dalam bentuk minyak, kapsul, makjun, jus, kopi, teh detox dan balm di atas jenama Dhabsinai yang telah didaftarkan dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai sijil Halal. Selamat digunakan dan diproses di kilang bertaraf GMP.
Lawatan dan kajian intelektual juga dialu-alukan dan dibuka kepada pihak yang berminat pada setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 6 petang.
Ikon terbaru perlancongan di Perak ini tidak sah kalau tidak anda lawati ketika berkunjung ke bandar Taiping kerana ianya adalah satu satunya ladang dhab di dunia dan ianya berada di Taiping
Produk Utama Dhabsinai
Kapsul & Minyak Dhabsinai
Untuk kegunaan seharian
Tiada Kesan Sampingan
Selamat untuk digunakan
100% Duit Dikembalikan
Sekiranya produk tidak tulen

Minyak Dhab
Produk berbentuk minyak sapu dan urutan merawat masalah sendi dan saraf tubuh lelaki dan wanita, 100% bahan minyak ini dari hidupan liar dhab haiwan padan pasir Mekah.

Kapsul Dhab
Produk berbentuk kapsul berasaskan Dhab sejenis haiwan padang pasir Arab yang halal dimakan dan sukar ditemui. Diakui berkesan merawat masalah peredaran darah dan menguatkan badan lelaki dan wanita.

Kopi Dhab
Produk berbentuk kopi yang mempunyai pelbagai khasiat seperti menambah tenaga dalaman lelaki,menghilangkan rasa letih,menguatkan pinggang,membantu masalah kolesterol dalam badan.
Jom Beli Produk Dhab Haiwan Padang Pasir!


" Khasiat Dhab terletak pada daging dan minyaknya..."
Zainol, Fakir (1987) Khasiat Dhab terletak pada daging dan minyaknya. In: Adat Resam dan Kebudayaan 1987. University of Malaya Library. (In Press)