Tentang Kami
SEJARAH LATAR BELAKANG SYARIKAT
Dhabsinai Enterprise didaftarkan tahun 2011 sebagai sebuah syarikat pengeluar produk kesihatan tradisional berasaskan dhab haiwan padang pasir diusahakan oleh Encik Azhar bin Mohamed Shapawi seorang bekas graduan Universiti Al Azhar Mesir yang mempelajari cara pembuatan produk tradisional herba arab sejak tahun 1994 sewaktu menuntut di Sinai Mesir.
Bermula sebagai seorang pelajar berniaga hanya untuk membiayai kos pengajian di Mesir awal 90an beliau telah berusaha menjadikan ia sumber pendapatan disamping kerjaya sebagai guru sehingga kini beliau akhirnya berjaya menubuhkan sebuah pusat penternakan dan pemulihaaran dhab spesis istimewa dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi ini.
Pusat atau ladang ternak ini diberi nama Dhabsinai Farm seluas 1 hektar di Kamunting menempatkan lebih 200 ekor dhab untuk kajian perubatan produk dan pemuliharaan spesis.
Produk dhabsinai mendapat sambutan yang baik dari pelanggan sejak 1994 dan amat berkesan merawat masalah peredaran darah dan menguatkan saraf badan suami isteri.
Bagi memenuhi tuntutan undang undang beliau telah mendaftarkan produk beliau dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 November 2013 dengan bantuan pengilang dan rakan strategik iaitu Syarikat Sabit Banani Sdn Bhd Pengkalan Chepa Kelantan.
Kesemua bahan-bahan herba eksotik yang digunapakai dalam pembuatan dan penghasilan produk dibawa dari Mesir dan sebahagiannya dari hutan Malaysia sendiri.
Penghasilan produk yang paling mendapat permintaan tinggi adalah berbentuk minyak urut atau minyak sapu (massage oil) dan produk kesan segera iaitu kapsul dhabsinai produk pertama syarikat dhabsinai.
Produk Dhabsinai boleh didapati melalui stokis dan pengedar di seluruh Malaysia atau terus dari ladang di talian +60134560989
Visi & Misi Dhabsinai Enterprise
Walaupun Syarikat Dhabsinai ini hanyalah sebuah syarikat berskala kecil namun kami juga mempunyai visi dan misi yang kami telah rangka supaya Dhabsinai Enterprise dapat mempertingkat kan prestasi, berdaya maju dan seterusnya berkembang maju ke peringkat yang lebih tinggi.

Visi
Visi kami adalah untuk memperkenalkan produk-produk kami ke seluruh negara dengan harapan untuk berkongsi manfaat dari penggunaan produk-produk kami. Kami juga berhasrat untuk memasarkan produk kesihatan berkualiti ini kepada seberapa ramai pengguna dengan menggunakan pelbagai strategi pemasaran yang mapan.
Misi
Untuk mencapai penguasaan pasaran dalam segmen makanan kesihatan
Untuk mendapat sokongan dan perakuan dari pihak kerajaan tentang keberkesanan produk produk kami
Untuk memiliki kilang kilang pengeluaran yang mencukupi untuk memenuhi permintaan
Untuk menembusi pasaran antarabangsa
Pengasas Dhabsinai

Azhar bin Mohamed Shapawi
Pengasas

Khamisah Mohamad Al Aswani
Pengasas Bersama